Usia Bayi Saya 32 Minggu


Usia Bayi Saya 32 Minggu | Perjalanan membesarkan bayi pramatang sememangnya mencabar. Ini adalah kisah saya dan pencetus kepada penubuhan Preemie Malaysia. Masih saya ingat lagi, 12 Januari 2014. Hari Jumaat, pagi itu saya sarapan pagi nasi putih dan daging goreng. Sedapnya! Tiba-tiba, saya pecah ketuban. Menakutkan! Sebab usia kandungan baru 31 minggu 6 hari. Suami bergegas bawa saya ke hospital. Detik yang mencemaskan! Ini adalah anak pertama saya.

Usia Bayi Saya 32 Minggu


Setibanya saya di hospital, saya membawa buku merah dan bag hospital terus. Suami mengambil kerusi roda dan bawa saya ke dewan bersalin. Mendaftar dan menunggu giliran. Cemas dan menakutkan! Saya menguatkan diri dengan berdoa. Selama 3 hari berada di hospital dan akhirnya lahir anak pertama Ruby yang genap berusia 32 minggu. Ketika itu, perasaan bercampur-campur. Hilang rasa sakit tadi sebab nampak anak. Kemudian doktor terus bergegas hantar anak Ruby ke NICU. Bermula pengalaman berpantang di hospital dan menyimpan stok susu ibu.



Kisah ini Ruby abadikan di https://www.ruby.my/2014/01/bayi-32-minggu-pramatang.html

Catat Komen

0 Ulasan